Flyff Chinese Cute Angel Mail




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Mac 2011

SEJARAH PPKI



Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi mula ditubuhkan pada tahun 1991. Pada awal penubuhannya, PPKI SMKSA hanya menyediakan 2 Kelas bagi menempatkan 13 orang pelajar serta 3 orang guru. 


Pelajar yang mendaftar di PPKI SMK Syed Alwi terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan seperti Down Syndrom, Epilepsi, Autisme, Slow Learner, Dyxlesia, Mental Retarded, Physical Disability dan Masalah Pertuturan. Walaubagaimanapun, mereka merupakan pelajar yang bermotivasi tinggi untuk belajar dan telah menyertai pelbagai aktiviti Ko-Kurikulum hingga ada yang terpilih ke Peringkat Kebangsaan. Ini kerana, mereka telah dilatih menjadi pelajar yang berdisiplin, rajin dan mematuhi arahan guru.


Kini, pada tahun 2011 bilangan pelajar bertambah sehingga 43 orang pelajar iaitu terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan 30 orang pelajar lelaki . Sebanyak 7 buah kelas disediakan, di mana terdapat 4 buah bilik darjah, bilik Kemahiran Hidup, Bilik Multimedia, Bilik Sumber dan Bilik Guru. Kemudahan bangunan dan peralatan yang lengkap ini memberi motivasi untuk perjalanan P&P yang sempurna dan selesa.


Sementara itu, 2 orang pelajar diinklusifkan di Tingkatan 5 sebagai Calon SPM 2011 iaitu Mohd Solehin B. Mat Desa dan Zaki B. Laedin. Manakala, Nur Fitrah Bt. Fadzil diinklusifkan di Tingkatan 4 dan Alias B. Kordae diinklusifkan di Tingkatan 2.


Bilangan guru PPKI turut bertambah iaitu seramai 12 orang termasuklah Penolong Kanan Pendidikan Khas (Pn.Zurainie Bt. Md. Jas) serta 3 orang PPM baru.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan