Flyff Chinese Cute Angel Mail




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Julai 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SMK SYED ALWI & PPKI KALI KE 34

Pada 5.7.2011 bermulalah hari Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali Ke 34 bagi SMK Syed Alwi. Walaupun padang agak basah dan berlumpur, pelajar dengan semangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Kejohanan ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari iaitu (5.7.2011-7.7.2011). 


Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Pelajaran Perlis iaitu En Suhaimi bin Md Noor, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan dihadiri oleh ramai tetamu jemputan. Dalam ucapan beliau, dia mengakui bahawa atlit- atlit dari SMK Syed Alwi merupakan yang terbaik memandangkan sekolah inilah sahaja yg dapat memberi saingan yang hebat kepada sekolah sukan negeri. 


Disamping itu beliau tidak lupa juga akan pelajar-pelajar PPKI yang merupakan gergasi sukan (Juara 4 tahun berturut) dikalangan PPKI yang ada di Negeri Perlis. Semoga Kejohanan Padang dan Balapan yang diadakan saban tahun ini akan dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang sukan dan juga kepimpinan di mana akan mengharumkan nama negeri pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Terima kasih kepada pelajar, guru dan semua Warga SMK Syed Alwi kerana menjadikan Majlis Perasmian ini sesuatu yang amat membanggakan. Syabas! Maju Sukan Untuk Negara!
Perbarisan dari Kontijen Rumah Waja
En Suhaimi bin Md Noor, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas 
Pelajar istimewa "down syndrome" turut mengambil bahagian
Pelajar menunjukkan kesungguhan dalam acara larian 4x100m
Tahniah FOO YONG LING!!
Olahragawati PPKIBP
Olahragawan PPKIBP
 Tahiah semua!!