Flyff Chinese Cute Angel Mail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

05 Jun 2011

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2011

Warga PPKIBP mengucapkan selamat bercuti Pertengahan Tahun kepada seluruh warga sekolah SMK Syed Alwi. Penuhilah cuti anda dengan perkara yang berfaedah.
SELAMAT BERCUTI!!!

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2011

Bersempena tema 1Malaysia 1Ummah, Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas yang telah berlangsung pada 26.05.2011 (Khamis) bertempat di SMK Padang Besar (U), Perlis pada kali ini amat bermakna kepada seluruh warga PPKIBP SMK Syed Alwi 
kerana berjaya memenangi JOHAN dalam 8 acara, 2 NAIB JOHAN dan 1 tempat ke-4. 

Kejayaan besar ini secara tidak langsung membuktikan kesungguhan pelajar dan guru dalam memastikan setiap acara yang dipertandingkan berlangsung dengan sempurna. 

Dengan ini, pasukan Nasyid PPKIBP SMK Syed Alwi telah layak mewakili Negeri Perlis untuk bertanding di MTQ peringkat Kebangsaan bertempat di Negeri Sembilan yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini. 

TAHNIAH!! Sujud syukur kepada Allah SWT kerana PPKIBP SMK Syed Alwi telah membuktikan bahawa kecacatan bukan penghalang kejayaan dan berjaya mengharumkan nama sekolah. TAHNIAH..