Flyff Chinese Cute Angel Mail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Mac 2012

KLINIK BOWLING - 22 MAC 2012

Klinik Bowling telah diadakan pada 22 Mac 2012; bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang teknik dan peraturan permainan bowling. Aktiviti ini berlangsung di Perlis Bowl, Kayangan Square. Program ini diadakan selepas program NILAM dilaksanakan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada hari yang sama.










Program NILAM PPKI SMK Syed Alwi 2012

Program NILAM PPKI SMK Syed Alwi telah dijalankan pada 22 Mac 2012 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada pukul 9.00 pagi. Seramai 35 orang pelajar PPKI telah terlibat dalam program ini.











18 Mac 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Pada 3 Februari 2012, suatu Kejohanan Merentas Desa SMK Syed Alwi telah berlangsung. 5 kategori pelajar PPKI : Lelaki (Junior), Lelaki (Senior), Perempuan (Junior), Perempuan (Senior) dan Istimewa. Kejohanan bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.



PROGRAM MOTIVASI SUKAN

Sebagai usaha meningkatkan prestasi sukan tahun 2012, PPKI SMK Syed Alwi telah mengorak langkah mengadakan Program Motivasi Sukan dengan Kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling SMKSA pada 31 Januari 2012 yang lalu bertempat di Denai Larian, Pengkalan Asam. Dengan dibantu oleh 2 orang kaunselor iaitu En Sallehuddin dan Pn Noraini, pelajar2 ini telah berjaya mencungkil potensi diri mereka. Program ini melibatkan semua pelajar istimewa dan semua guru dan PPM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senaman aerobik dan Latihan Dalam Kumpulan.