Flyff Chinese Cute Angel Mail




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT PPKIBP SMK SYED ALWI

Pada 07 September yang lepas, Warga PPKIBP SMK Syed Alwi telah mengadakan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri secara sederhana dan meriah. Pelbagai juadah yang enak telah disediakan. Ini termasuklah ketupat & rendang, laksa, mee kelantan, hidangan pencuci mulut dan tidak lupa kuih raya turut dijadikan juadah istimewa ketika majlis sambutan tersebut. Juadah ini telah disediakan oleh guru-guru dan PPM PPKI SMK Syed Alwi, murid juga turut menyumbang kuih raya untuk dinikmati bersama. Majlis ini turut diserikan dengan kedatangan Pengetua SMK Syed Alwi, Pn.Hjh. Selmiah bt Hasin, para Penolong Kanan, dan guru-guru SMKSyed Alwi.