Flyff Chinese Cute Angel Mail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Februari 2011

PROGRAM KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (PKBP)

VISI PKBP

Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Pelajar-Pelajar Dengan Keperluan Khas
Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.

PENGENALAN PKBP

Program Khas Masalah Pembelajaran PKBP di SMK Syed Alwi telah mencapai 10 tahun. Bermula dari tahun 1999 hingga sekarang. Pelajar-pelajar istimewa ini mempunyai pelbagai kategori kecacatan seperti Down Syndrome, Epilepsi, Autisma, Slow Learner, Dyxlesia, Hyperaktif dan Masalah Pertuturan. Walaupun begitu mereka adalah pelajar yang bermotivasi tinggi untuk belajar dan telah menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum hingga ada yang terpilih ke peringkat kebangsaan. Ini kerana mereka telah dilatih menjadi pelajar yang berdisiplin, rajin dan mematuhi arahan guru.Guru-guru yang mengajar dalam program ini terdiri daripada guru-guru yang penyabar dan mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak pendidikan khas. Mereka ini adalah "insan terpilih". Guru-guru ini terdiri daripada guru yang terlatih dan mahir dalam mengendalikan pelajar-pelajar istimewa.


Program ini mempunyai 4 buah bilik darjah, bilik kemahiran hidup, bilik multimedia, bilik sumber dan bilik guru. Kemudahan bangunan dan peralatan yang lengkap memberi motivasi untuk murid belajar dan menjadikan program integriti ini program terbesar dan tercanggih di negeri Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan