Flyff Chinese Cute Angel Mail




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Mei 2011

KELAS SENI -20 MEI 2011

Pada minggu ini pelajar kelas 2 & 3 didedahkan dengan kaedah penghasilan bakul. Guru melakukan demonstrasi penghasilan bakul dan membantu pelajar menghasilkan bakul yang menarik mengikut warna pilihan masing-masing. Bakul yang telah siap turut dijadikan hadiah kepada semua guru PPKIBP sempena Hari Guru. Nantikan pelbagai aktiviti seni dalam P&P yang seterusnya dan semestinya lebih menarik serta menguji kreativiti pelajar.

LANDSKAP-PERTANIAN

Sepanjang bulan Mac hingga Mei yang lalu,  pelajar MPV-Landskap telah menjalankan Projek Penanaman sayur-sayuran. Pelbagai jenis tanaman dilaksanakan seperti rozelle,kailan,cili, kacang kelisa dan sawi. Pendedahan terhadap kaedah penanaman kepada pelajar diharap dapat melahirkan pelajar yang dapat berdikari dan mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka ketika di rumah. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan terhadap penyelenggaraan kawasan pertanian disamping dapat mengutip hasil tanaman.

15 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU




Guru umpama pelita,
Menyinar di malam yang gelap,
Baktimu tak mungkin ku lupa,
Kekal diingatan sepanjang hayat,

Terima Kasih Cikgu 

Selamat Hari Guru dari kami warga PPKIBP SMK Syed ALWI

 " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

KLINIK PETANQUE

Warga PPKIBP SMK Syed Alwi telah melaksanakan sebuah Program
 "Klinik Petanque" pada 10 dan 12 Mei yang lalu bertempat di padang
 sekolah. Klinik Petanque ini bertujuan sebagai terapi kepada 
murid-murid di samping dapat meningkatkan kemahiran dan 
teknik balingan dalam permainan ini. 

Program ini dilaksanakan pada waktu P&P Pendidikan Jasmani 
iaitu pada pukul 7.40 pagi - 9.00pagi. Semua murid terlibat dan 
menunjukkan reaksi positif serta berminat mengambil bahagian 
ketika program ini dijalankan. 



03 Mei 2011

PERSEMBAHAN SKETSA ALI BABA & PENYAMUN

Pementasan Sketsa "Ali Baba dan Penyamun" PPKIBP semakin mendapat tempat apabila sering dijemput untuk membuat persembahan.Pada kali ini, persembahan diadakan di Dewan Bestari sebagai penutup tiran Pertandingan Perbahasan Ala-Parlimen Zon Selatan. Tahniah diucapakan di atas usaha keras guru-guru,PPM dan yang teristimewa pelajar-pelajar PPKIBP yang berusaha keras dalam menjayakan pementasan sketsa ini. Nantikan kemunculan kami lagi di Hari Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum pada 5 Mei ini. Semestinya anda akan terhibur.